"Telur kang"



satu hari tu aku pergilah dinner dengan Ikrimah kat mana ntah. Then, aku order la laici kang. 7 minit selepas itu datanglah laici kang aku. Pergh!!, tengok terliur kot. Aku tengok 'isi' dye banyak. Aku memang suka banyak-banyak ni.Dengan sagu, kacang tanah, halwa kundur and etc.Pastu aku nampak bulat putih. Aku ingat laici r cos dah nama laici kang. Dengan penuh nikmat aku pun gigit. Erk!, bukan laici rupa-rupanya telur burung puyuh..he3..pelik betul makanan kat dunia ni. Aku pun check la Ikrimah punya Laici kang..sama jugak..ada telur..Kami punya la gelak cos first time kot makan laici kang dengan telur burng puyuh..cuba bayangkan makan telur rebus dengan air ais..terbaik la....

Aku



presiden : lama tak nampak anta..(jelingan penuh makna)

aku : ala, ana bz..lagipun ana buat blakang tabir je..erm

presiden : mana boleh blakang tabir je, macam mana dakwah tarbiyah nak bergerak.(penuh makna)

aku :erm..

Inilah berlaku ketika aku pergi forum LL4G anjuran Journalism Club di main audi Iium. Aku bukan pe, aku rasa agak tak puas hati jugak. Acapkali orang mempersoalkan kelemahan seseorang tanpa selidik dulu. Aku bukan sengaja tak nak p. Tapi aku telampau sibuk..hu3.tapi apa pun aku cuba berlapang dada selepas itu..mungkin dia tak tahu kondisi aku...then, habis forum aku pergi jumpa Syahidan

aku : maaflah ana tak dapat g meeting hari tu, bz sangat..

s : takpe, anta sibuk.biasalah awal2 sem..(sambil senyum. Anta cuba sesuaikan diri dulu, lama-lama nanti boleh la.

Kini aku sedar pendekatan manusia adalah berbeza. Dan aku akui perlu 2 cara yang berbeza agar hati kita mudah tersentuh dan kita akan cuba perbaiki diri. Terima kasih buat kalian yang memahami dan yang kurang memahami aku terima kasih jugak..memberi aku semangat untuk lebih komited...

catalyst cinta


Cinta..semua manusia memerlukannya. Perasaan ingin mencintai dan di cintai adalah fitrah. Mengapa aku tulis bab ni aku pun tak tahu tapi "cinta" ni selalu mengusik aku. Sebenarnya aku memang mudah untuk suka akan seseorang. Tu yang peliknya tapi betul la apa yang orang selalu cakap, bila kita makin dewasa kita akan rasa bodoh dengan apa yang telah kita buat selama ni hanya kerana 'catalyst cinta'..apa itu catalyst cinta??? catalyst itu cemne nak cakap ye..ok, ni apa yang cikgu kimia ajar aku la..tapi cikgu ni bukan cikgu kat sekolah aku. Anak dia batch aku so dia datang la mencurah sedikit ilmu.

Cikgu Z : catalyst tu apa???

students : erm....bla3( terpinga sambil hentam je jawab)

Aku : erm (termenung)...hampeh tol aku ni

Cikgu Z : catalyst tu senang cerita a substance that speeds up a chemical reaction while remaining....

Aku lupa da ayat akhir cikgu tu tapi depan dia sampai sekarang aku ingat. Yup, so dipendekkan cerita catalyst cinta itu adalah benda yang menggesakan perasaan kita untuk bercinta atau meluahkan cinta. Benda macam inilah yang selalu berlaku dekat remaja lain tapi aku taknak cite la pasal orang lain. Benda ini yang telah membuat aku buta. Dan yang pasti aku telah menggesakan perasaan aku..so stupid la!!!!!!..(sampai sekarang aku malu dan rasa bodoh)

Hati kita akan mudah di kawal perasaan cinta jika kita selalu pikir kan nya dan menyimpan catalyst cinta..tapi kawan baik aku ada bagi tips

Najmy : ko tak payah pikir benda ni, kalo ko ada no hp dye ko buang..kalo ko ade simpan pic dye pun ko delete.

Aku : (bersiul sambil buat buat muka tak bersalah)

Aku pun tak buat apa yang dia suruh cos aku bukan simpan pun no dia...Then hari demi hari perasaan malu dan bodoh makin menebal di hati aku. Mujurlah aku mempunyai sahabat-sahabat yang bukan aku nak kerek la tapi aku rasa diorang nilah sahabat aku di dunia dan akhirat. Terbaik sepanjang zaman..Diorang la banyak nasihat aku dan bagi tips yang berkesan. Sampai ummi aku pun kalau aku balik umah je tanya pasal diorang ni. Kami da macam adik beradik da. Kongsi macam-macam.

ok da fullstop..senang cite, aku telah menasihati pada diri aku ni. Kau dah buat bodoh sekali janganlah buat benda bodoh dua kali...Sejak itu aku makin mudah menepis cinta..amiinn..Ingat!!, janganlah mudah meluah cinta, bila sampai masanya insya Allah Dia akan beri jua....memori silam memberi inspirasi tuk komited dengan fasa-fasa kehidupan aku.

Aku : saya nak gtaw yang sy........bla12

Dia : erk!, Ridhwan..still long journey to go and I'll bet we'll meet dozens of ppl out there

Simple words but give me great impact in my life...Sejak dari itu aku mula komited dengan career dan aku terus melangkah...Dan aku juga nak terima kasih pada 'Dia' dan saudari F...moga cita-cita kalian tercapai..Zzzzz



F : apa yang awak faham dengan cinta pada seseorang???

Aku : kita usaha, doa dan tawakal..

F : explain dkt sy usaha, doa dan tawakal

Aku : kita usaha ni kita buat baik dengan family dia, kawan-kawan dia dan kita usaha untuk dia menyenangi kita. Doa pulak kita doa kita akan dapat dia dan tawakal tu kita bergantung sepenuhnya pada Allah..

F : awak, begini...usaha itu bukan usaha kita untuk dapatkan dia tetapi usaha kita untuk jadi terbaik dari semua segi..jadi hamba Nya yang berkualiti dari segi akhlak, study dan macam-macam lagi.Insya Allah jika kita mampu jadi terbaik, Allah pasti beri yang terbaik juga tuk kita Doa pula janganlah kita doa kita ingin memiliki dia tapi doalah kita diberi pasangan yang mampu mendidik kita dan untuk kita struggle hidup di sini dan akhirat sana. Kalau kita doa nakkan si dia takut nanti kita tak dapat kita akan kecewa.Yup..tawakal kita bergantung sepenuhnya pada Allah...tawakal itu adalah apabila kita cuba redha dengan ketetentuan Nya...

Aku terus melangkah....mencari nota-nota cinta yang berguna pada aku...

RX8



RX8...erm..aku tak pasti pulak bila la aku minat sangat dekat keta ni. Tapi sebetulnya aku amat tertarik dengan konsep yang ada pada keta ni. dengan bentuk yang stylo, pintu yang ala-ala 2 tapi 4 sebenarnya, dan of cos la lelaki suka speed..he3. Harga tentu dah kaw so aku mampu berangan je. Tapi syukur bila duduk kat area KL ni slalu jugak jumpa keta ni..tringat ak kat Petronas Batu Caves

Ikrimah : Wan,ko p bayar jap

Aku : beres......

tiba-tiba.........

Aku : Kimah, Rx8 tu...fuyoo..keta idaman aku kot...(jakun jugak tyme tu)

Ikrimah : Erm...stylo kot...sape driver dye???

Aku : melayu arr...jarang tengok melayu pakai Rx8 ni. Terbaik la

Ikrimah : ala, mesti hutang keliling pinggang tu..he3..

Aku : betul jugak ek..

Aku pastu pikir betul jugak cakap ikrimah tu...manusia selalu berhutang..bukan dengan manusia je tapi dengan Allah...kadang-kadang kita selalu beli barang tanpa pikir..sebetulnya kita pikir dulu pe yang kita boleh manfaatkan untuk diri kita, bukan hanya nak yang menarik perhatian tapi purpose tu yang penting. Tapi tak semestinya tak boleh beli. Kalau niat baik dan memudahkan kita tuk lebih dekat padaNya insyAllah tak salah...

Aku : boleh p program nanti guna Rx8 tu..he3

Assignments vs Program!!

tak boleh nak buat apa la kalau dah assignment bertimbun.Tapi...

Aku : susah la nak pi program kalau cemni,banyak giler kerja nak kena buat...Nak bagi siap boleh la tapi kalau nak dapat 'A' konfem tak dapat

Sahabat : takpe, anta cuba lah dulu. Cuba sesuaikan diri kat u ni. Banyak contoh anta boleh ambik, anta tengok abang tu (sambil tunding jari kat seorang sahabat). Dulu macam anta jugak tapi lama dia da boleh sesuaikan diri dan yang pasti dia boleh 'dean list'..

Aku : biar betul ni, gaya selambe je ana tengok...

Episod baru mula mengajar aku untuk jadi macam abang itu. Tapi episod je, suspen semua tak keluar lagi. Aku sekarang memang tak boleh nak komited sangat sebab terlampau sibuk. Tapi takpe, Aku akan berusaha jugak. Orang yang berusaha ke arah kebaikan Insya Allah akan dipermudahkan jalan..ameen..

Cerita

aku terpikir patut ke tak buat blog???..pendekkan cerita aku pun buat la.. =)
teringat aku dulu kata-kata seorang teman

Teman : weh ,hang buat la blog..hang kan suka puitis-puitis ni. Hang jugak suka cerita.

Aku : hampeh tol!!(dalam hati la)..bukan tak nak buat tapi aku malas. Baca orang punya pun jadi la

Teman : ceh, takpalah tapi nanti hang mesti akan buat jugak, macam aku tak kenal hang..

Last-last terbetul jugan cakap teman aku tu itu. Tapi tak boleh bagitaw la siapa dia..nanti perasaan pulak dia..Ooops, maaf teman ku.