Alhamdulillah,Allah memberi ku kesempatan tuk pergi ke matri pada hari khamis bersamaan 18 ogos 2011. Sebenarnya aku dah lama teringin ke matri, maklumlah matri ni ibarat rumah no 2 aku. Ramai alumni atau ex matri yg hadir. Kalau batch aku ada la beberapa orang mcm faris, mujahid, fauzan, nu'man, akmal parsi(sepupu aku), ghufran, syairazi, mutaal, suhaib, mahmoud dan lain-lain lagi. Sampai saja matri petang khamis tu aku terus ke rumah Ustaz Mahadzir( ayahanda tercinta bak kata budak2 VT..hehe), mintak kebenaran tuk bermukim sebentar..aku juga memberi 2 kuih raya iaitu choc cup and blueberry tuk ustazah KB..
tok!3 pintu rumahnya ku ketuk..beberapa ketika pintunya dibuka..
AKU : assalamualaikum ustaz,ustaz sihat???
Ustaz M : waalaikumusalam(muka ngantuk standard sbb ustaz penat jga budak2.owh, sihat alhamdulillah(sambil senyum, mungkin rindu aku..*aku perasan)
AKU : *senyum kembali..ustaz, ana nak mintak izin tidoq kat matri.
Ustaz M : owh, bleh2..mcm besa naa, tidoq hotel 5 bintang(sambil senyum penuh makna)
AKU : ok2..(dalam hati, musolla la tu)
Overall story ok. Dapat jumpa ustaz2, ustazah2, shbt2, kwn2..sahur pun best sbb ngantuk2 kmi g makan kat luar. Malam plak bila tido kat musolla sejuk ya Rabbi. Semua tu kenangan yang best. Lagi best bila ustaz Hadi bagi tazkirah lepas subuh dan lepas terawikh, dapat la jugak charge iman ni. Duduk rumah ni hati kurang terdidik, payah nak jaga.
Aku juga berpeluang jumpa Hilal Ashraf, penulis novel yang gah tu(macam excited tapi tak pun sebab da lama satu team dengan dia). Malam lepas terawikh plak, kami friendly volleyball dengan senior2 time aku form 1 diorang form 5 such jepah, syubah, raqib, maahi, meor. Tak lupa juga Cikgu Saiful dan Raja.Erm..best la sampai aku tak taw nak buat ungkapan madah yang cantik rona bahasanya =) Macam biasa essay mesti ada harapan dan konklusi. Aku harap Allah beri kesempatan sekali lagi tuk ke matri dan bertemu dengan mereka2 yang banyak mendidik ku. Tak perlu ambik contoh jauh kerna yang dekat sudah bisa mencorak peribadi, buat teman2, sahabat2 yang dikasihi kerna Nya, moga ukhuwah kita sampai ke syurga..mudahan..amin
p/s : kekeliruan bahasa dalam penulisan sudah banyak so cuba faham la ye, x larat nak tulis skema ~
0 comments:
Post a Comment