Mungkin menjadi satu persoalan di minda pabila melihat manusia disekeliling seakan gembira tanpa sebarang masalah...Diri sering tertanya sekuat manakah cabaran sehingga kita ingin manusia cuba menghadapinya bersama.Semua yang di alami bukanlah diminta dan dirayu, juga bukan diharap. Ia mungkin suatu hikmah atau peluang yang memberi impak yang kuat dan pedih bagi diri pada mulanya.Di sebalik itu mungkin tersemat tarbiyah untuk kita mematangkan diri dan bersedia untuk cabaran yang lebih besar. Kata seorang guru "peluang yang diberi Allah perlu dihargai setiap masa kerna kita tidak tahu mungkin itu yang terakhir bagi kita, kerna tidak semua peluang datang berulang kali"....
Dalam waktu terluang, diri masih teringat apa yang terjadi sepanjang hidup ini. Fasa demi fasa yang berlalu membuat hati seakan ingin memejam mata dan mengulang semua masa.
Bukanlah suatu fenomena anih mahupun unik kerana setiap diri bisa merasa kerana fitrah yang cintakan kedamaian dan harmoni. Menyesal itu mudah, memaaf itu mudah, memula kembali kisah kepada asal juga mudah. Namun meneruskan kisah dengan sebuah titik permulaan yang baru adalah susah. Kisah yang berunsurkan kehidupan di sepanjang fasa pemikiran rasional. Bukanlah kisah yang ingin di lihat manusia sebagai kisah menarik yang penuh unsur-unsur gembira, sedih,dan bahagia. Tetapi lebih kepada kisah untuk menjadi seorang lelaki yang soleh, teguh agamanya dan kuat semangatnya.....
Tiada istimewa disebalik coretan rasa, hanya menunggu cabaran di kemudian hari....
0 comments:
Post a Comment