Hati




Jika ingin kepastian bersuara
kau pandanglah ia dengan mata hati
walau hanya sedetik cuma
walau sekadar sekelip mata
kau akan temui sesuatu yang berbeza
yang bisa datangnya konklusi
bagi hati yang penuh emosi

Jika ingin hadirnya jawapan
lihatlah disekeliling mu ini
yang berlaku akan terus berlaku
yang memerhati akan terus memerhati
yang merasa akan terus merasa
namun hati manakah yang akan tersuntik
untuk menzahirkan apa yang di jiwa
dalam hati yang semakin pasrah

Jika ingin kukuhnya perasaan
selaklah kau lampiran hati
yang punya variasi warna
yang diwangikan bait-bait perasaan
untuk kau melihat pesona cerita
sehebat perasaan adam dan hawa
disulami redha dari Nya

Jika sampai muktamad rasa
puitiskan rasa pada Pencipta
agar Dia merahmatinya
agar dia menanam cinta
agar dia memberi cahaya
pada hati yang sedang merasa
juga pada emosi yang teguh seketika
buat kau yang punya hati
buat kau pendamba bahagia

1 comments:

bigsphereoflife said...

nice one.what a talent!

Post a Comment