Dia untuk Ku


"Dan wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk wanita yang baik "
(an-Nur :26 )

Seringkali aku berfikir sejenak talkala terbaca potongan ayat ini. Jika dibaca, ya, ia memang mudah difahami dan aku percaya ramai juga yang pernah mendengar atau menemuinya. Namun, diri ini terasa takut, takut jika kita tidak mampu menjadi lelaki yang soleh, baik dan mempunyai karakter islami. Kerna apa??? ya, Allah s.w.t telah mengingatkan kita dalam surah an-Nur di atas. Masakan kita tidak mahu mempunyai pasangan yang baik. Bukanlah kita mengharap yang sempurna, tetapi kita mahu pasangan kita mampu membimbing dan bersama dalam melakukan kerja-kerja islam. Di sini aku ingin berkongsi satu cerita...

Seorang pemuda bernama Idris telah memafaatkan usia remajanya dengan tepat. Iaitu bermusafir mencari ilmu. Semasa dalam perjalanannya itu, ada terjumpa sebatang sungai di hadapannya. Idris menyeberang sungai itu lalu ternampak sebiji delima yang dibawa arus. Delima itu semakin dekat, dan terus digapai Idris. Tanpa berfikir panjang basmallah terucap,gigitan pun dikecap.

Kunyahan itu sampai ke kerongkong. Tika itu, Idris tersedar,halalkah delima ini??? Apa sudah diminta izin daripada tuannya??? Prinsipnya yang takkan pernah sudi memasukkan benda syubhat apatah lagi haram. Lalu Idris segera ingin bertemu dengan tuan punya delima itu. Dengan melawan arus, Idris menuju ke arah hulu dan dia berjaya menemui rumah pemilik delima itu.

Setelah diakui atas perbuatannya itu, tuan delima itu menghalalkan kunyahan asalkan Idris sedia menjaga kebun delimanya selama beberapa ketika. Kelihatan berat gantinya tetapi bagi Idris itu jauh lebih ringan baginya daripada harus menanggung siksaan Allah. Waktu belalu. Idris selesai menjaganya dengan sempurna. Tuan delima itu redha dengan kepergian Idris tetapi meminta Idris menikahi putrinya yang cacat. Dia buta, pekak, bisu dan lumpuh....

Bencana apakah ini??? Namun Idris bertawakkal pada Allah. Allah tidak akan mensia-siakan hambanya yang berbuat baik. Dan setelah bersetuju dan berjumpa si calon isteri, ternyata gadis itu sungguh cantik dan sempurna. Lantas, tuan itu berkata, anaknya itu buta, pekak, bisu dan lumpuh bermaksud dia tidak pernah melihat, mendengar, berkata dan menuju pada sesuatu yang haram lagi tercela. Hasil dari pernikahan itu lahirlah seorang pemuda yang yang menghafal Al-Qur'an id usia 9 tahun, menghafal karya imam Malik dalam 9 malam dan menghasilkan kesimpulan yang lengkap beserta dalil, menjadi orang pertama yang merumuskan kaedah usul fikh. Dialah Imam Asy-Syafi'i, Muhammad bin Idris Asy- Syafi'i.

(olahan semula dari Nikmatnya Pacaran Setelah Pernikahan karya Salim A. Fillah)


Nah, bukankah terbukti dan benar kata-kata Allah???. Justeru, berusahala kita menjadi pemuda dan pemudi yang beriman agar mampu memiliki pasangan yang soleh dan solehah, bersama membantu dan menyokong kita untuk meraih syurga Allah.Mudahan, generasi yang baik akan muncul hasil dari pernikahan yang diredha Nya. Bukanlah suatu yang mustahil untuk menjadi hambanya yang beriman. Ia hanya memerlukan proses yang panjang bagi membentuk keimanan dan ketaqwaan pada Allah S.w.t. Moga kita beristiqamah atas jalan ini. Mudahan kita memperoleh apa yang dihajati~

Apakah ini???..oohh

Sahabat : Ridhwan, ana nk bagi borang ni. Ada mak cik suruh isi.

Aku : Borang pe??

Sahabat : Ada mak cik nak biodata semua sahabat, sekali dengan gambar. Dengar kata untuk simpanan dan mungkin ada kena mengena dengan baitul muslim

Aku : Owh, ana ada dengar jugak, seorang sahabat bagitahu. Tapi tak sangka ada betul..hehe

Sahabat : Ntah la, mak cik tu nak sangat, ana tolong bagi je. Siap sekali gambar taw

Aku : Yang tak tahan tu sebab sekali gambar. Suruh dia ambik dalam facebook ana la..hahaha..jap, bagi suka hati je gambar apa pun???

Sahabat : Bagi je gambar apa yg anta ada.

Aku : Ana bagi yang edit bleh??? yang ada jambang..hehe.(sambil tengok borang...)jap, kenapa ada status plak??? Ni yang ana nak tulis in relationship..hahahah

Sahabat : anta isi je, nanti 12hb bagi dekat ana

Aku : ok..

balik je bilik ak termenung. Small matter je ni.kesimpulannya "mak cik nak,aku bagi...mak cik bagi ,aku tak nak"..~