Hari ni aku p penang..specifik lagi nama tempat tu Sg. Nibung a.k.a umah mak tok aku; nenek@tok ak la.Kazen aku bertunang so family aku p la. Sepanjang hari kat sana aku tolong apa yang patut. Lepas makan tu, aku rehat la kejap...Then aku pun observe suasana yang ada kat situ. Aku perasan kat situ sungguh bising. Sini sembang, sana sembang..pergh. bingit jugak la.
Aku juga ambik kesempatan semasa kat sana tuk kenal family belah mak aku yang aku memang tak brapa kenal..hu3..Tapi yang bestnya di sebalik sembang sana , sembang sini tu aku bleh tengok family blah mak aku ni memang rapat. Aku pun sampai jadi best kat situ. Belah mak aku aku panggil 'aunty n uncle'. Aunty-aunty aku sememangnya sporting sangat-sangat. Tak kira la la tua ke tak semua 'satu kepala'.
Aku siap kena sakat lagi..he3.
aunty ida : weh, lama tak jumpak hang..apa macam???.weh, Hang dah ada ka???kalau xda aku nak rekemen kat hang..ha3
aku : ha3..single lagi maa..
aunty ida : hang kalau takda cari aku..
aku : ????
ni contoh la..bukan aku nak fokus pasal cinta tapi honestly kazens baya-baya aku semua share dengan aunty and uncle. Kira the whole big family taw. Lagi satu kalau bab makan ni memang terbaik la. Aku bukan apa, sebelum ni aku macam tak ngam ngan diorang cos cakap banyak and meleret.
Tapi bila pikir balik balik diorang tetap family aku dan aura anak mami dan nana tanjung tak dapat hilang..ha3..aku pun kat sana cakap la creamy penang..
cth :- amboiii, makan sorang noo..tak ajak aku pun...
- hang toksah nak mengada naaa...
- hang bila nak bawak mai jumpa kami???( penuh creamy)..he3
- etc..
aku kini sedar aku macam mana pun tetap orang Penang dan aku bangga berasal dari Penang Island..Dah la mix..tok ba a.k.a datuk ada mamak2 sket..mmg gelap la..mak tok aku pulak cina...kawin2 dapat la melayu..ha3
Jom sapa nak belajaq cakap tanjung halo-halo la aku..he3
0 comments:
Post a Comment